Monday, October 21, 2019

Zaman Diploma Senibina Landskap



Image result for fspu uitm seri iskandar


Aku sebenarnya tak tahu nak post apa untuk first entry aku.

Tapi masa tengah beli makanan kat bakeri tadi, eh! Tiba-tiba teringat zaman diploma dulu. So dalam cerita ni, aku nak cerita sedikit cerita masa aku diploma dulu.

Aku dah selamat graduate dalam beberapa tahun lepas kot. Haaa Macam lama kan? Saja je bagi saspen.

Aku graduate Diploma in landscape architecture. Aku kalau sebut kos aku, aku nak sebut jugak 'architecture' tu, sebab orang selalu pandang remeh kalau aku sebut landskap je. Macam semudah ABC. Huhuhu.

Penat aku bersengkang mata menyiapkan assignment walaupun bukan student pandai atau pemes sebab design yang meletop. Tapi aku pun bersengkang mata jugak untuk menghalau kebodohan yang ada dalam kepala ni. Ingat senang? Kau bayangkan kalau bodoh tu tak nak pergi.

Anyway cita dia, aku masa dapat tawaran untuk sambung belajar dalam bidang senibina landskap ni, aku blur kejap. Landskap tu aku tau lah pokok pemandangan ada je dulu kat TV 2 cita pasal landskap tapi aku x tau lah senibina Landskap tu apa.

So aku gugel lah, pastu rupa2nya senibina tu maksud dia architecture. Betapa bengapnya dulu bahasa sesimpel itu ku tidak mengerti. Eksyeliii sekarang bengap jugak, tapi Alhamdulillah dah kurang sikit. Semoga bengap ni kurang banyak lagi sebelum aku sambung degree di masa depan.

So pendekkan cerita, aku pun dah masuk UiTM dah melepasi sesi orientasi yang sedikit mencabar minda dan fizikal para siswa dan siswi, so banyak kejutan suasana yang aku jumpa.

Aku ingatkan universiti ni kelas dia macam dalam drama yang dalam dewan yang meja lipa-lipat tu eceh! 😌 tapi tak. Dia akan ada meja lipat-lipat tu kalau kelas kau kat dalam dewan kuliah. Yang aircond dan kerusi empuk tu. Kat situ jugaklah kau boleh terlelap. Tambah-tambah lagi dengan tak cukup tidurnya.

Pastu cerita dalam drama yang bahu terlanggar, sampai buku terjatuh lalu terjatuh cinta tu 90% takkan terjadi okey kawan-kawan? Itu semua fiksi ajer. Paling realistik pun, korang akan saling menjeling antara satu sama lain.

Okey pastu, dekat UiTM SI ni, kau kena jalan kaki pergi kelas. Sebab kalau ikutkan, UITM SI ni dia tak sebesar UiTM lain kot.. Kot lah, tapi kalau kau kaya, ada kereta sendiri beli dengan duit sendiri atau daddykasi, boleh je bawak kereta tapi setahu aku student yang duduk dalam tak boleh bawak kereta. Yang menyewa bilik atau rumah di luar campus je boleh. So pandai- pandai lah korang fikir.

Naik basikal pun boleh. Kalau nak lah. Alahh ikut korang lah, asalkan korang bahagia.

So campus UiTM seri iskandar kedai photostat dia selalu penuh dengan budak-budak seni. Dak2 archi. Dak2 ID. So macam-macam ragam dan perangai yang terjadi di dalam sebuah kedai tu, jadi kau sabar je even submission lagi 30 minit. Nak buat Macam mana kan?

Yang p edit assignment dia dalam komputer kedai pun ada tanpa menoleh ke belakang. Dia buat assignment kot kat situ. So kau kena sabar, even aku kadang-kadang menyirap jugak dengan orang-orang macam ni. Jangan ikut!

Doakan je lah lecturer kau berlembut hati time tu, extend kan submission sejam lagi ke. Mana tau.

Sebagai bekas student landskap, aku nasihatkan sebelum korang ambik kos ni, tolong tengok poket sendiri. Bukan apa, kos ni banyak makan duit. Submission boleh jadi setiap minggu, n kos printing bukan murah adik-adik. Untuk kertas A2 6 ringgit yang berwarna kalau biasa. Yang black n white 3 ringgit.

Kalau satu studio, kerja yang kau kena print ada 3 contohnya. Satu semester, mungkin subjek studio kau ada 2/3. Cuba kali kan dengan nilai-nilai tersebut.Tak koyak ke poket kau? Hati pun rabak sedih mengenang diri di perantauan. Tu tak kira lagi kalau laptop kau rosak. So tu, bagi aku benda yang korang kena fikir dulu. Penting jugak tu.

Kalau ada trip, duit keluar lagi. And student landskap dia banyak trip. Dan kau kena ikut trip tu kalau tak, nanti kau blur apa ke bendenyeee yang lect suruh buat tu sbb assignment n project kau ada kena mengena dgn trip tu. Lol! Memang lah kan! Takkan buat trip saja2?

Lepastu kalau bab tido, bagi aku setiap kos ada je struggle mcm tu. Ada yang tak tido sebab esoknya test. Esoknya maybe ada presentation. Atau assignment banyak jugak. Atau dia jenis rajin yang otak function untuk ingat semua nota-nota ilmiah dia waktu tengah malam sehingga pagi esoknya.

Tapi tak dinafikan, kos ni antara kos yang student dia selalu serabai sebab tido tak cukup. So kau pandai-pandai Lah jaga diri.

Aku tak tahu nak cerita sampai mana sebenarnya. Sebab banyak benda aku nak cerita. Jadi mungkin next entry aku nak bagitau barang-barang yang diperlukan untuk kos ni dari sem 1 sampai lah habis belajar.

Aku cakap macam banyak je orang nak baca kan? Syok sendiri doh aku! Tak pe. Mana tau korang cari-cari kat gugel ehehehehehehhe.

Ok lah! Aku dah malas taip entry yang mcm tak de tujuan ni, so nanti lah aku taip pasal lain pulak. Bye!!

Assalamualaikum 😘😘


No comments:

Post a Comment

Zaman Diploma Senibina Landskap

Photo Link Adress >  https://perak.uitm.edu.my/v3/images/fspu/landscape.jpg Aku sebenarnya tak tahu nak post apa untuk first...